|
 Sekolah ini
mula dibuka dalam bulan Julai 1958 yang diberi nama Sekolah
Pertukangan Desa (Rural Trade School). Seramai 63 orang pelajar
yang tamat darjah enam sekolah rendah merupakan kumpulan pertama
yang telah mendaftar di sekolah ini mengikuti Kursus Ketukangan
selama tiga tahun.
Dalam tahun 1962, sekolah ini telah bertukar menjadi Sekolah
Menengah Lanjutan Kampung untuk menerima pelajar-pelajar yang
telah tamat darjah enam sekolah rendah. Pengajian berjalan
selama tiga tahun dan pelajar-pelajar seterusnya menduduki
Peperiksaan SRP/LCE.
Pada tahun 1968 sekali lagi perubahan berlaku iaitu dari Sekolan
Menengah Lanjutan Kampung bertukar menjadi Sekolah Menengah
Vokasional yang menerima pelajar-pelajar lepasan SRP/LCE
daripada sekolah bantuan penuh kerajaan untuk belajar di
Tingkatan Empat dan Lima. Pada akhir kursus, pelajar-pelajar
dikehendaki menambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional
Malaysia (SPVM) yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada tahun 1987, sistem dan kurikulum baru diperkenalkan di mana
pelajar tingkatan empat dinilai secara berterusan untuk
menentukan aliran mereka dalam tingkatan lima. Pelajar yang baik
dalam mata pelajaran akademik akan disalurkan ke aliran
vokasional dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
Pelajar-pelajar yang lemah disalurkan ke aliran kemahiran dan
mengambil Peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat
asas anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Berikutan dengan perubahan sistem ini guru-guru siswazah mula
dimasukkan ke sekolah ini untuk mengajar mata pelajaran akademik.
Mulai sessi 1991/1992, pelajar tingkatan empat diberi kebebasan
untuk memilih sama ada mengikuti Aliran Pendidikan Vokasional
atau Aliran Latihan Kemahiran berdasarkan keputusan Sijil Rendah
Pelajaran yang diperolehi.
Berikutan dengan pengstrukturan semula sekolah-sekolah
vokasional seluruh negara pada tahun 1995, semua sekolah
vokasional telah distrukturkan kepada sekolah menengah teknik
dalam tiga fasa. Sekolah ini distrukturkan dalam fasa kedua dan
telah dilaksanakan bermula 1 Januari 1997 dengan nama Sekolah
Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan mengadakan tiga aliran
kursus iaitu
1.
Aliran Teknik
2.
Aliran Vokasional
3. Aliran Kemahiran
Pengambilan pertama
aliran teknik ialah seramai 160 orang pelajar yang mengikuti dua
kursus iaitu
1. Pengajian
Kejuruteraan Awam (80 orang pelajar)
2. Pengajian Kejuruteraan Elektrik (80 orang pelajar)
Bilangan pelajar sekolah
ini pada 30 Mac 1997 ialah 700 orang.
Dengan bermulanya aliran
teknik, guru-guru siswazah teknikal (Jurutera) mula ditempatkan
di sekolah ini untuk mengajar mata pelajaran kejuruteraan. Kini
sekolah ini mempunyai seramai 84 orang guru termasuk 35 orang
guru siswazah yang mengajar mata pelajaran akademik dan
kejuruteraan. Bilangan kakitangan pejabat termasuk pekerja
asrama ialah seramai 15 orang.
Untuk meningkatkan kemahiran, guru-guru teknikal telah dihantar
untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisma perguruan di
Institusi dalam negeri seperti di CIAST dan di luar negara
seperti di Australia, Jepun, Korea, England, New Zealand dan
India.
Senarai Nama Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.
1958 - 1964 - En. Lim Teow CChong
1965 - 1967 - En. Nik Kadir b. Nik Taib
1968 - 1972 - En. Mokhtar b. Hj. AAhmad
1973 - 1979 - En. Mohd Zain b. Husssein
1980 - Julai 1995 - En. Abd. Razak b. Moohd Shariff A.M.N.
1995 - Sekarang -
|