|
KURSUS
|
PERMOHONAN
Kursus Kursus di SMTPC
Kursus-kursus yang ditawarkan di
Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa adalah seperti berikut:
Aliran Teknik
Objektif:
-
Memberi
pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada
pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut.
-
Mengekalkan kecenderungan demi untuk membolehkan mereka
melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di institusi
pengajian tinggi.
Kursus yang
ditawarkan untuk aliran teknik ialah Pengajian Kejuruteraan Awam
dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Mata
pelajaran bagi Aliran Teknik.
Tempoh
kursus selama 2 tahun. Pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia pada akhir tahun ke-2.
Aliran Vokasional
Objektif:
-
Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi
memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan.
-
Membina
tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri pelajar khususnya
sikap bertanggungjawab.
-
Membina
asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
teknik dan vokasional.
Kursus yang
ditawarkan untuk aliran vokasional ialah Elektrik, Elektronik,
Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Automotif,
Binaan Bangunan dan Pengurusan Perniagaan.
Mata
pelajaran bagi Aliran Vokasional.
|
Jurusan |
Mata
Pelajaran Elektif |
Mata
Pelajaran Teras |
|
Elektrik |
-
Teknologi
Elektrik.
-
Pemasangan
dan Kawalan Elektrik.
-
Lukisan
Geometri & Elektrik.
|
-
Bahasa
Melayu
-
Bahasa
Inggeris
-
Matematik
-
Sains
-
Pendidikan
Islam / Pendidikan Moral
-
Sejarah
-
Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
|
|
Elektronik |
-
Teknologi
Elektronik.
-
Menservis
Radio & Televisyen.
-
Lukisan
Geometri & Elektronik.
|
|
Kimpalan dan Fabrikasi Logam |
-
Teknologi
Kimpalan & Fabrikasi.
-
Kerja
Kimpalan
-
Lukisan
Geometri & Fabrikasi Logam.
|
|
Amalan Bengkel Mesin |
-
Teknologi
Bengkel Mesin.
-
Kerja
Menggegas & Mesin
-
Lukisan
Geometri & Fabrikasi Logam.
|
|
Automotif |
-
Teknologi
Automotif
-
Menservis &
Membaiki Kenderaan
-
Lukisan
Geometri & Automotif.
|
|
Binaan Bangunan |
-
Teknologi
Binaan Bangunan.
-
Kerja Kayu &
Bata.
-
Lukisan
Geometri & Binaan Bangunan.
|
|
Pengurusan Perniagaan |
-
Prinsip
Perniagaan -Perdagangan Am dan Pengurusan.
-
Asas
Perakaunan.
-
Asas
Pemprosesan Maklumat.
|
Tempoh
kursus selama 2 tahun. Pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (Vokasional) pada akhir tahun ke-2. Mereka
yang lulus berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) atau menceburkan diri di dalam bidang
pekerjaan.
Aliran Kemahiran
Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) telah memberi pentauliahan kepada organisasi
tertentu (sekolah) untuk menjalankan latihan dan penilaian
sendiri terhadap pelatih-pelatih (pelajar-pelajar).
Pelajar-pelajar yang berjaya akan diberikan Sijil Kemahiran
mengikut tahap yang dicapai.
Objektif:
-
Untuk
melahirkan pelajar di dalam sesuatu bidang kemahiran
berdasarkan perkara yang terkandung dalam Sijil Kemahiran
Kebangsaan dan dinilai berdasarkan ketrampilan bagi memastikan
pelajar berkebolehan melakukan perkara berkenaan pada tahap
yang telah diterima.
Antara
kursus yang ditawarkan ialah Pemesen Operasi Larik, Pembuat
Perabot, Mekanik Kenderaan Motor, Juruelektrik, Menservis Radio
dan TV, dan tukang Kimpal Arka. Tempoh kusrus ialah selama 2
tahun. Para pelajar dinilai melalui sistem pentauliahan.
Mata
pelajaran bagi aliran kemahiran.
|
Jurusan |
Mata
Pelajaran Kursus |
Mata
Pelajaran Teras |
|
Pemesen Operasi
Larik (POL) |
-
Amali gegas
dan larik.
-
Teori gegas
dan larik.
|
-
Bahasa
Melayu
-
Bahasa
Inggeris
-
Pendidikan
Agama Islam / Pendidikan Moral.
|
|
Pembuat Perabut
(PP) |
-
Amali
pembuat perabot.
-
Teori
pembuat perabot.
|
|
Mekanik
Kenderaan Motor (MKM) |
-
Amali
mekanik kenderaan motor.
-
Teori
mekanik kenderaan motor.
|
|
Juruelektrik (JE) |
-
Amali
pemasangan.
-
Teori
elektrik.
|
|
Mekanik
Teknologi Elektronik Radio dan TV (MTERTV) |
-
Amali
menservis radio dan TV.
-
Teori
menservis radio dan TV.
|
|
Tukang kimpal
dan Arka (TKA) |
-
Amali
kimpalan arka.
-
Teori
kimpalan arka.
|
KURSUS
|
PERMOHONAN
|