|
KURSUS
|
PERMOHONAN
PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Teknik
Pengkalan Chepa menawarkan 3 aliran:
Aliran Teknik
Aliran Vokasional
Aliran Kemahiran
Kursus-kursus yang terdapat di SMTPC
Iklan kemasukan akan
dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian
Pendidikan Malaysia di semua akhbar tempatan seminggu sebelum
tarikh keputusan PMR dikeluarkan.
BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan
Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah
Vokasional (Borang MVT) boleh diperolehi di sekolah ini atau
dari Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Paras 3, Blok F Utara, Pusat Bandar Damansara, Kuala
Lumpur.
Setiap borang boleh dibeli dengan harga RM1.00 saja secara wang
pos atau RM1.20 secara tunai.
Tarikh tutup permohonan adalah 10 hari selepas keputusan PMR
diumumkan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut bagi syarat kelayakan dan
kemasukan
sila kunjungi laman web berikut :
http://www.moe.gov.my/teknikal.htm
Nota:
Penjelasan ini mengenai syarat masuk adalah untuk maklumat saja.
Sebarang syarat ini boleh dipinda atau diubahsuaikan pada
bila-bila saja oleh pihak sekolah mengikut arahan-arahan yang
diterima daripada Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
KURSUS
|
PERMOHONAN
|