|
PENTADBIRAN
|
PENGETUA
|
STAF SOKONGAN
|
JABATAN AKADEMIK

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya SMTPC berjaya membina sebuah laman
webnya sendiri. Dengan segala kemudahan dan kepakaran yang kita
ada, SMTPC akan terus mara dalam bidang IT.
Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan
tahniah kepada semua kakitangan SMTPC ini yang telah bertungkus
lumus menjayakan pelancaran laman web ini. Kejayaan pelancaran
laman web ini melambangkan kesungguhan kakitangan sekolah
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Laman Web ini sesungguhnya merupakan 'platform' dokumentasi
elektronik untuk memaparkan segala kegiatan sekolah dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum. Segala laporan yang diketengahkan
diharap akan menjadi pendorong serta perangsang kepada kejayaan
yang lebih cemerlang di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru
masa akan datang.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara kita, sekolah bukan
semata-mata berfungsi sebagai tempat yang dilalui buat seketika
untuk mendapat ilmu pengetahuan atau sijil kelulusan peperiksaan
bagi persediaan alam pekerjaan. Sebaliknya sekolah dihasratkan
menjadi sebahagian penting dalam proses pembangunan individu
yang dapat mengimbangi pertumbuhan seseorang itu supaya menjadi
ahli masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negaranya.
Penggemblengan tenaga semua pihak di sekolah sama ada guru,
kakitangan, pelajar dan ibu bapa dalam proses pendidikan amat
diperlukan dan sudah pasti menjadi asas kepada usaha mewujudkan
sebuah negara yang sejahtera dan berjaya.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini merayu setiap pelajar
supaya belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan segala peluang
pendidikan yang terdapat di sekolah. Negara kita sedang pesat
membangun dan kita mesti merebut segala peluang yang ada supaya
dapat turut sama dalam arus pembangunan masa kini dan akan
datang.
Semoga dengan wujudnya laman web ini, para pengunjung sekalian
akan memperolehi maklumat yang berguna. Jangan lupa untuk terus
mengunjungi kami.
Sekian, terima kasih.
Tn. Haji Othman Bin Haji
Mamat
Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa
PENTADBIRAN
|
PENGETUA
|
STAF SOKONGAN
|
JABATAN AKADEMIK |