Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

| JPN KELANTAN | PPD KOTA BHARU | PKG KOTA | YAHOO!!! | GOOGLE | CARI.COM | PC.COM | CHIP MALAYSIA | REMAJA OH! REMAJA | SIFOO.COM |

 Menu
 -Laman Utama

 -Pentadbiran
 -Sejarah
 -Identiti
 -Fasiliti
 -Prospektus
 -Peperiksaan
 -Informasi
 -Sudut Kreatif

 -Lensa SMTPC
 -Hotlinks

 

 Buku Tetamu
-Lihat Buku
-Tanda Buku

 
 SMTPC Mail

 

 

- MULTIMEDIA-

Topik dalam ruangan Dunia Siber akan ditukar setiap bulan

Era DotCom | Internet | Tips IT | Multimedia
 

Menggunakan Address Book dalam Outlook Express

Tahukah anda bahawa dalam Internet Explorer mempunyai sebuah buku alamat elektronik? Outlook Express 5.x Address Book menyimpan alamat e-mel, nombor telefon dan alamat rumah serta pejabat. Anda boleh mengimport maklumat daripada Microsoft Exchange, atau Eudora, atau sebarang perisian yang boleh mengeksport fail teks CSV (comma-separated values) seperti Microsoft Outlook. Address Book juga menyimpan kad perniagaan elektronik, mencapai perkhidmatan direktori dalam talian dan membantu dalam penghasilan senarai mel ahli keluarga atau rakan-rakan.

     Untuk membuka Address Book, Klik bebutang Addresses pada menu Outlook Express atau klik menu tools dan klik Address Book. Anda juga boleh mencapai Address Book daripada menu Windows Start ; Klik bebutang Start, pergi ke find, dan klik People. Untuk mencapai alamat e-mel yang disimpan daripada tetingkap mesej baru, klik bebutang To, Cc, atau Bcc.

Tambah Maklumat

     Satu cara yang cepat untuk menambahkan maklumat rakan ke dalam Address Book ialah dengan mengklik pada mesej yang mereka hantar dan pergi pada menu tools dan Add To Address Book. Anda juga boleh menambah alamat e-mel yang anda terima dengan mengklik dua kali pada e-mel yang anda terima dan pada tetingkap e-mel itu klik dua kali pula pada alamat e-mel penghantar. Anda akan lihat sebuah tetingkap yang dinamakan Microsoft Outlook Express Team Properties. Kemudian untuk menambahkan alamat e-mel ini ke dalam Address Book, klik sahaja pada bebutang Add to Address Book.

     Untuk membina senarai hubungan daripada mula, buka Address Book, klik bebutang New Contact pada menu Address Book, dan klik New Contact. Taipkan nama dan maklumat peribadi termasuklah alamat e-mel dan akhir sekali klik bebutang Add.

     Dalam kekotak Properties, terdapat bahagian home, Business, Personal, Netmeeting dan Digital ID. Dalam bahagian Home dan Business terdapat bebutang View Map yang boleh memberikan lokasi peta bagi alamat yang anda masukkan menerusi laman web Expedia.com .

     Bahadian Personal pula anda boleh memasukkan nama pasangan, jumlah anak, tarikh lahir dan ulangtahun perkahwinan mereka. Anda juga boleh memasukkan maklumat untuk Netmeeting dan sebarang Digital ID yang digunakan oleh individu tersebut.

     Selain itu anda boleh membahagikan senarai alamat e-mel ini kepada kumpulan yang berasingan. Contohnya kumpulan rakan-rakan, kumpulan rakan niaga dan kumpulan saudara-mara. Anda hanaya perlu klik New dan pilih New Group. Masukkan Group Name dan pilih ahli kumpulan daripada senarai e-mel yang ada.

Bersambung di bulan hadapan >>>    

 

Era DotCom | Internet | Tips IT | Multimedia

 

Laman Utama | Pentadbiran | Berita | Fasiliti | Sejarah | Kredit

 Copyright (c) 2000-2002 SMTPC, webmaster@smtpc.zzn.com. All rights reserved.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
Best view 1024 x 768 pixel (Higher 32bit / Medium 16bit)

- SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA -

 

Menu -Informasi-

- Memori SMTPC -
- Hari pendaftaran
- Bulan Teknikal
- Kursus Kecemerlangan
- Ceramah Perdana
- Hari Sukan SMTPC
- Latihan Kebakaran

- Dunia Siber -
- Era DotCom
- Internet
- Tips IT
- Multimedia


 

 

View technology headlines at MSNBC

 

Use Advanced Search

 

 Powered