Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

| JPN KELANTAN | PPD KOTA BHARU | PKG KOTA | YAHOO!!! | GOOGLE | CARI.COM | PC.COM | CHIP MALAYSIA | REMAJA OH! REMAJA | SIFOO.COM |

 Menu
 -Laman Utama

 -Pentadbiran
 -Sejarah
 -Identiti
 -Fasiliti
 -Prospektus
 -Peperiksaan
 -Informasi
 -Sudut Kreatif

 -Lensa SMTPC
 -Hotlinks

 

 Buku Tetamu
-Lihat Buku
-Tanda Buku

 
 SMTPC Mail

 

 

- INTERNET -

Topik dalam ruangan Dunia Siber akan ditukar setiap bulan

Era DotCom | Internet | Tips IT | Multimedia
 

LAMAN WEB YANG merevolusikan e-dagang

E-dagang masih merupakan salah sebuah corak perniagaan yang membawa keuntungan jika ia dilakukan dengan betul. Walaupun pasaran saham dan komuditi menurun tetapi e-dagang masih mampu bertahan dan melakukan transaksi sehingga berbillion dolar. Contohnya lebih USD3.5 bilion dibelanjakan dalam talian pada bulan Mac 2001 iaitu peningkatan 35.6% daripada Mac 2000.

     Berikut adalah beberapa e-pedagang yang telah melakukan dengan betul dan berjaya. Mereka ini telah mempelopori urusniaga menerusi dunia siber dan kini lebih ramai telah menuruti jejak langkah mereka. Ketiga-tiga laman ini adalah pelopor e-dagang ketika web masih muda dan membina sebuah model perniagaan yang tidak pernah difikirkan oleh para peniaga ketika itu.

Amazon.com (http://www.amazon.com) adalah pelopor yang memulakan segalanya. Walaupun mereka tidak menjana keuntungan tetapi Amazon telah berjaya menjual lebih USD600 juta setiap tiga bulan kepada pelanggan yang datangnya dari 160 negara. Amazon.com mengenali pengunjung dengan nama dan membentuk spesifikasi tertentu untuk setiap pengunjung. Malah Amazon.com mengecam apa yang telah dibeli oleh pengunjung sebelum ini dan menyimpan maklumat akaun mereka. Dengan cara ini Amazon.com akan menentukan pusat penghantaran mana yang harus menghantar pembelian pengunjung. Kini Amazon.com bukan sahaja menjual buku tetapi pelbagai produk yang mampu dibeli dan disampaikan dengan cepat kepada pengguna. Amazon.com adalah pelopor sebenar e-dagang.

eBay (http://www.ebay.com) telah bermula pada 1995 dan mengadakan konsep e-dagang P2P (person-to-person) yang membenarkan pengguna menjual barangan mereka untuk dilelong. Dengan ini eBay mengendali segala proses lelongan dan membiarkan pengguna menentusahkan penjual. Kini eBay mempunyai 34 juta pengguna berdaftar dan melakukan lebih USD2.23 bilion transaksi.

     eBay berjaya kerana ia tidak memerlukan inventori, kos penghantaran dan risau tentang keuntungan yang kecil. Model perniagaan eBay boleh berkembang dengan meluas tanpa memerlukan ruang gudang dan pekerja yang banyak. Ini telah membuatkan eBay mengaut keuntungan sebanyak USD24.6 juta pada separuh masa pertama tahun 2001.

Dell Konsep e-dagang yang memberikan pengguna pilihan dan keselesaan datangnya daripada Dell (http://www.dell.com). System ini membenarkan pengguna membuat pilihan mengenai komponen PC baru mereka telah mengukir sejarah dalam jualan menerusi web.

     Dell telah membina perisian sendiri untuk merevolusikan rantai bekalan (supply chain) pengilangannya dengan koleksi perkakasan dan pemasangan komputer dilakukan setelah dipesan. Pembangunan setiap sistem telah ditentukan dan setiap perkakasan yang digunakan telah diketahui jumlahnya tanpa memerlukan inventori. Setiap PC yang dihasilkan mempunyai kod servis tersendiri dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan menerusi web atau pusat panggilan jika memerlukan pengemaskinian atau mengalami kerosakan sistem. Dell menukar harganya setiap minggu dan mempunyai harga yang murah di samping keupayaan untuk melakukan dengan cekap menerusi bantuan web.

 

Era DotCom | Internet | Tips IT | Multimedia

 

Laman Utama | Pentadbiran | Berita | Fasiliti | Sejarah | Kredit

 Copyright (c) 2000-2002 SMTPC, webmaster@smtpc.zzn.com. All rights reserved.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
Best view 1024 x 768 pixel (Higher 32bit / Medium 16bit)

- SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA -

 

Menu -Informasi-

- Memori SMTPC -
- Hari pendaftaran
- Bulan Teknikal
- Kursus Kecemerlangan
- Ceramah Perdana
- Hari Sukan SMTPC
- Latihan Kebakaran

- Dunia Siber -
- Era DotCom
- Internet
- Tips IT
- Multimedia


 

 

View technology headlines at MSNBC

 

Use Advanced Search

 

 Powered