Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

| JPN KELANTAN | PPD KOTA BHARU | PKG KOTA | YAHOO!!! | GOOGLE | CARI.COM | PC.COM | CHIP MALAYSIA | REMAJA OH! REMAJA | SIFOO.COM |

 Menu
 -Laman Utama

 -Pentadbiran
 -Sejarah
 -Identiti
 -Fasiliti
 -Prospektus
 -Peperiksaan
 -Informasi
 -Sudut Kreatif

 -Lensa SMTPC
 -Hotlinks

 

 Buku Tetamu
-Lihat Buku
-Tanda Buku

 
 SMTPC Mail

 

- SUDUT KREATIF - HARAPANKU By Hasnan 5PKA1

 

HARAPANKU

Pada kelewatan dan keheningan malam begini, diiringi tiupan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa serta ditemani bersama sebuah perasaan yang sukar untuk dimengertikan lantas membuatku teringat kepadamu "U". Pertama kalinya aku menatap wajahmu membuat aku terpukau dalam melayani perasaanku sendiri, aku begitu kagum dengan keperibadianmu yang tersendiri. Dalam diam-diam aku menaruh sejuta harapan agar kau akan menjadi milikku kelak, "U". Tahukah kau "U", betapa hati dan perasaan ini dapat merasakan serta menggambarkan kemesraan dan kebahagiaan yang bakal kau berikan kepadaku di saat-saat aku mengharapkanmu.

Ketahuilah olehmu "U", setiap hari harapan di hati ini semakin memuncak. Rindu di hati ini semakin menebal. Cinta di hati ini semakin membara, kasih serta sayang di hati ini semakin mengharum subur aku mengingatimu, "U". Sesungguhnya, kaulah yang pertama berjaya menapak dan menerokai ruang hatiku. Aku mengharap seteguk kasih dan sebuah harapan yang tidak mungkin akan berkesudahan darimu, "U". Demi masa depanku, aku berjanji akan berusaha untuk bersamamu dalam mengejar citaku yang satu.

Walaubagaimanapun, aku khuatir "U", kerana dari khabar yang aku dengar, ramai di kalangan insan yang pernah menyintaimu tak setia terhadapmu. Benarkah begitu?. Mereka merasakan bahawa percintaan bersamamu mengongkong dan dikongkong. Mengapakah perkara sedemikian boleh berlaku, "U"?. Adakah kerana mereka gagal untuk menurut segala kehendakmu?. Ah…itu semua takkan hadir dalam hidupmu. Masih terdapat aku yang setia menantimu. Aku berazam bahawa aku akan setia terhadapmu biarpun dugaan dan rintangan melanda. Kerana bagiku kesetiaan itu adalah milikku "U". Namun, untuk aku melupakanmu tidak sekali-kali "U", TIDAK!!.

"U", walaupun aku fahami bahawa agak sukar bagi setiap insan untuk menyintaimu dan bertakhta di hatimu, tetapi aku sentiasa berdoa moga tuhan merestui percintaan bersama-sama denganmu "U". Harapanku agar tembok kesetiaan yang bakal aku bina bersamamu akan terus teguh bersemi di kamar hati. Aku ingin menggantung sebuah harapan agar ada ruang bagiku untuk bertempat dihatimu.

Tahukah kau "U" bahawa aku pernah mengimpikan agar suatu hari nanti papa dan mama akan berkunjung ke istanamu di Bangi semata-mata untuk melamar dan menjodohkanku dengan dirimu. Biarlah ada insan mengatakan aku ini 'perigi mencari timba'. Tetapi akan kupekakkan telinga ini daripada mendengar cemuhan itu. Namun seperkara yang sering menghantui fikiranku, "U" mungkinkah suatu hari nanti kita akan bersama walaupun aku sedia maklum bahawa kita jauh berbeza umpama langit dan bumi dan umpama kaca dan permata, "U"? 
Ketahuilah olehmu "U", bahawa setiap kali aku melihat ada insan lain yang merebut hatimu, perasaan iri hati ke atas kejayaan insan-insan itu menerpa di hatiku. Apakah aku juga layak berada di sisimu?. Aku ingin kau mengetahui sesungguhnya aku telah berjanji bahawa akan ku teruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan onak dan duri ini semata-mata ingin bersama-samamu dalam mencapai matlamat sebenar yang akan bakal membahangkan dan mewarnai hidupku pada esok hari.


Sebelum aku menutup tirai keindahan malam dan menoktahkan segala-galanya, izinkan aku menggantung sebuah harapan agar suatu hari nanti, Insya-Allah kita akan dipertemukan antara satu sama lain untuk menyemai benih-benih kemesraan, kebahagiaan dan kejayaan. Sesungguhnya kaulah UNIVERSITI yang menjadi impianku.

 

By Mohd Hasnan 5 PKA 2 

 

Laman Utama | Pentadbiran | Berita | Fasiliti | Sejarah | Kredit

 Copyright (c) 2000-2002 SMTPC, webmaster@smtpc.zzn.com. All rights reserved.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
Best view 1024 x 768 pixel (Higher 32bit / Medium 16bit)

- SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA -

 

 Menu -Sudut Kreatif-

cetusan kreatif

- Karya :

-Cyber-Games make ’em brighter
 
by Syaharuddin 5 KE 2
-Harapanku
 by Mohd Hasnan 5 KA 2

 

 

Star Online

TM School On-Line

 

View technology headlines at MSNBC

 

Use Advanced Search

 

 Powered